
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
( Maskiah Haji Masrom )
Sinopsis
Mengisahkan Aku melancong
ke negara Turki sambil mencari cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia. Pelbagai
barangan yang tersenarai untuk dibeli kepada rakan-rakan serta dirinya sendiri.
Namun dirinya hanya tertarik dengan buku-buku berbanding barang-barang hiasan
yang lain. Sejumlah wang telah disediakan dan diperuntukkan untuk pembelian
cenderahati tersebut serta sedikit wang kecemasan untuk dirinya. Beliau juga
telah dinasihatkan oleh pemandu pelancong dan beberapa panduan serta pantang
larang ketika berbelanja di Istanbul. Aku serta rakan-rakannya berasa sukar
untuk menawar harga barangan yang hendak dibeli kerana tiada tanda harga
dipamerkan dan harga barangan hanya akan diberitahu jika ditanya.
Melintasi sebuah kedai menjual jaket kulit, Aku terpaku pada sepasang sarung
tangan kulit berwarna hitam di rak cermin. Aku mengimbas akan abangnya
yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Andai ada sarung tangan kulit,
tentu tangan Abang Longnya itu tidak terdedah pada terik matahari. Pemuda Turki
seakan dapat membaca isi hati menunjukkan sarung tangan kulit itu namun Aku
tidak berani mengambilnya kerana tidak mengetahui akan harganya. Hajah Normah
dan dan Dr. Liza tertarik dengan harga jaket berwarna kuning keemasan yang
dibeli oleh Haji Helmi dan isterinya dengan harga yang murah berbanding
kedai-kedai lain. Aku tiada pilihan mengikut rakan-rakannya masuk ke kedai
tersebut. Kedainya tidaklah begitu luas namun mampu menempatkan sepuluh orang
pelanggan pada satu-satu masa dan mempunyai beratus-ratus helai jaket kulit
beraneka warna dan rupa bergantungan kemas di dalam rak berhawa dingin. Aku dan
rakannya dilayan mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus asa memujuk Aku
agar membeli jaket kulit kijang, namun Aku masih belum berniat untuk mencari
pengganti jaket kain yang telah lama berkhidmat kepadanya. Namun, kerana ingin
mengambil hati rakan-rakannya atau terhutang budi kerana secawan teh epal, Aku
cuba mengenakan jaket kulit tersebut. Aku tersentak dengan harga yang
disebutkan kerana dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli jaket
kulit kijang yang lembut itu. Dua rakannya itu telah membayar harga jaket
pilihan mereka. Aku dengan kata-kata berbudi bahasa mengambil keputusan untuk
tidak membeli jaket tersebut. Wajah pekedai bertukar masam dan marah dengan
tindakan Aku dan mengeluarkan kata-kata kesat. Perjalanan melawat Egyptian
Market, Aku didatangi seorang remaja kurus dan bercakap separuh berbisik
menjual barangan Black market. Melewati rakan Aku, Kak Chah dan Shahmeem,
lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis menangkap remaja tersebut atas
kesalahan menjual barangan Black market. Ketika beratur menaiki feri
menyeberangi Selat Bhosporus, seorang lelaki tua dengan berani meletakkan
sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan Aku. Rakan Aku, Shahmeem
menunjukkan minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak sesuai
dengannya apabila dipakai. Shahmeem menjual pula kepada Aku dengan harga
AS$100. Aku terpaku namun dapat menggembirakan hati Shahmeem. Aku juga
menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia, tidak sesuai
dipakai dengan cuaca di Malaysia. Perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat
sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak jika koyak pula tidak dapat dijahit
dengan benang. Jelas sekali Aku terlihat lebih seekor Kijang akan dibunuh untuk
mendapatkan sehelai jaket kulit. Akhirnya Aku berhasrat untuk
menggembirakan orang lain. Dia akan menjual jaket itu dan wang jualan akan
didermakan kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang, sebagai tanda
muhibah terhadap kijang-kijang yang terkorban demi gaya hidup yang penuh dengan
kemodenan.
TEMA
Pengalaman seorang
pelancong yang suka melancong serta terjerat dengan pembelian jaket kulit
kijang yang tidak disengajakan demi menjaga hati dan kegembiraan penjual jaket,
rakannya serta dirinya demi mengelakkan pembunuhan haiwan-haiwan yang
dilindungi demi kelangsungan kehidupan moden.
PERSOALAN
1. Perasaan kasih dan sayang terhadap
kehidupan haiwan-haiwan eksotik.
Contoh:- Aku berasa kasihan terhadap haiwan kijang yang
terpaksa menjadi korban kerana kulitnya.
2. Sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa
mengira bangsa, agama dan negara.
Contoh:- Aku melahirkan
kata-kata yang cukup berbahasa kerana tidak mahu menyakitkan hati pekedai Turki
itu.
3. Kewajaran memberikan layanan serta
ramah mesra terhadap pelanggan atau pelancong.
Contoh:- Pekedai Turki
telah memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan
layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya.
4. Kepandaian sikap puji memuji dalam
kalangan masyarakat Turki. Contoh:- Masyarakat Turki memang pandai memuji
pelanggannya demi melariskan jualan.
5. Kebijaksanaan dalam menguruskan
perbelanjaan kewangan.
Contoh:- Aku telah membuat
senarai nama barangan dan cenderahati yang akan dibeli untuk dibawa pulang ke
Malaysia.
TEKNIK PLOT
1. Imbas Muka -Contoh: Aku tidak
dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual makanan burung di
situ..
2. Imbas Kembali -Contoh: Entah
mengapa aku tiba-tiba teringat akan Abang Long yang menunggang motosikal pergi
balik kerja.
3. Saspens -Contoh: Perbalahan antara
aku dan pekedai Turki membuatkan aku ingin :melangkah keluar tetapi dihalang
oleh pekedai Turki dengan wajahnya yang kelihatan marah.
4. Monolog -Contoh: Aku terpaku
seketika. Apakah jawapan yang lebih baik pada saat itu selain yang dapat
menggembirakan Shahmeem?
5. Dialog - Contoh: “Dah beli,
ke? Ok tak harganya? Tanya kak Chah. “Ok juga. Dah survey tiga, empat kedai.
Kedai ni ok. Dapat harga AS$150 sat jaket,” terang Haji Helmi sambil
menunjukkan beg plastiknya.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama - Aku ( Mas )
1. Seseorang gemar membaca. - Aku gemar
membaca kerana dia akan leka membeli dan membaca buku jika terjumpa kedai yang
menjual buku.
2. Baik dan murah hati. - Aku begitu
bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima Lira kepada wanita tua yang
menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu Lira.
3. Berbudi bahasa. - Aku dengan sebaik
mungkin berbudi bahasa kepada pekedai Turki kerana tidak mahu membeli jaket
kulit agar pekedai itu tidak berasa kecil hati.
4. Tidak boros berbelanja. - Aku tidak
terpengaruh dengan layanan mesra pekedai Turki agar membeli jaket kulit kijang
itu.
5. Sayang akan haiwan. - Aku begitu
menyayangi haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk memberikan wang
hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang
kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban arus
pemodenan.
6. Bersederhana apabila berbelanja. - Aku
telah membuat senarai barangan yang hendak dibeli agar tidak melebihi
perbelanjaan yang telah diperuntukkan.
Watak Sampingan
1. Pekedai Turki–
·
Pemuda berkulit
putih, mempunyai kumis. (misai)
·
Fasih berbahasa Inggeris.-
Pekedai Turki berbahasa Inggeris apabila berkomunikasi dengan pelanggan yang
datang ke kedainya.
·
Peramah dan mesra
:Pekedai Turki kelihatan begitu peramah dan mesra ketika melayan pelanggan di
kedainya.
·
Tidak berputus asa. Pekedai
Turki tidak berputus asa memujuk pelanggannya membeli barang jualannya.
·
Pandai mengambil
hati :Pekedai Turki sangat pandai mengambil hati pelanggannya dengan memberikan
kata-kata manis.
·
Cepat marah :Pekedai
Turki cepat naik amarah kerana pelanggannya tidak mahu membeli barangannya
walaupun telah mencubanya.
2. Polis Turki
·
Lelaki dewasa,
bertubuh tegap, berbaju T dan berseluar panjang
·
Berwajah serius
–Polis Turki kelihatan serius ketika dia menjalankan tugasnya apabila dia
menangkap seorang remaja yang menjual barangan pasaran gelap.
3. Shahmeem
·
Kawan kepada Aku
·
Mudah terpengaruh
:Shahmeem terpengaruh dengan sehelai jaket hitam yang dijual secara pasaran
gelap tanpa mengetahui ukuran saiznya.
·
Murah hati :Shahmeem
bermurah hati dengan mengurangkan sebanyak AS$20 daripada harga asal
pasaran gelap kepada Aku kerana jaket kulit kijang itu tidak padan dengannya.
LATAR
Latar tempat.
1. Hotel Senator – tempat penginapan aku dan rakan-rakannya
ketika melancong di Turki.
2. Kedai menjual jaket kulit –tempat di
mana aku terpaku ketika melihat sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di
rak cermin.
3. Pigeon Valley – Aku bersedekah kepada pengait benang yang
kesejukan.
4. Gunung Bolu – Aku bersedekah kepada seorang kanak-kanak
bersama-sama datuknya yang buta.
5. Masjid Ulu – Aku bersedekah kepada seorang lelaki yang cacat
anggota.
6. Masjid Biru – tempat Aku menunaikan solat jamak.
7. Egyptian Market – tempat membeli belah yang mempunyai
dataran burung merpati jinak.
8. Terminal feri Selat Bhosporus –
Shahmeem membeli jaket kulit hitam daripada lelaki tua di pasaran gelap dengan
harga AS$120.
Latar masa
1. Malam – Kak Chah teman sebilik Aku
tidur awal kerana kepenatan selepas berjalan mengelilingi kota bersejarah.
2. Siang –Aku , Kak Chah dan Shahmeem berada di dalam kedai
menjual jaket kulit.
Latar masyarakat
1. Masyarakat elit – Ahli rombongan yang terdiri daripada guru
dan pensyarah.
2. Masyarakat yang berkerjaya untuk
menampung kehidupan seharian. Encik Yuksel bekerja sebagai pemandu pelancong
dan pekedai Turki yang menjual barangan kulit.
3. Masyarakat tidak berkemampuan. -Wanita
tua yang menjual makanan burung dan remaja kurus serta lelaki tua yang menjual
barangan pasaran gelap,
4. Masyarakat yang suka melancong. -Aku serta 30 orang ahli
rombongan telah melawat negara Turki.
5. Masyarakat yang suka akan kemewahan.
-Haji Helmi dan isterinya cikgu Juliah telah membeli sebanyak empat helai jaket
kulit berwarna kuning keemasan dengan harga AS$150 sehelai.
6. Masyarakat yang tidak menyayangi
haiwan. -Seekor atau lebih daripada seekor kijang akan dibunuh untuk
mendapatkan sehelai jaket kulit yang menjadi lambang pendewaan dan pemujaan
diri.
GAYA BAHASA
1. Kata ganda - cenderamata untuk pensyarah-pensyarah yang
banyak berjasa membimbingku semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana;
2. Bahasa Asing –
a) bahasa inggeris (“Hello lady! …. “ ,
“Please… “ bahasa Arab. – Assalamualaikum, solat jamak, al- mathurat
3. Sinkope – ‘Eh, lawanya
jaket tu! Macam yang kita tengok kat Grand
Bazaar semalam. Murah ke?”
NILAI
1. Kegigihan – pekedai Turki begitu gigih
dan tidak berputus asa meyakinkan pelanggannya agar membeli barangan kulitnya.
2. Keprihatinan – Aku begitu prihatin
dengan pembunuhan haiwan kijang kerana kulitnya untuk dijadikan jaket.
3. Berjimat cermat – Aku telah membuat
senarai barangan yang perlu dibeli untuk dibawa pulang agar tidak melebihi
perbelanjaan.
4. Keikhlasan – Aku dengan ikhlas memberi
derma kepada pengemis seperti pengait benang, kanak-kanak bersama-sama
datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.
PENGAJARAN
1. Kita haruslah bersikap berjimat cermat
dalam urusan perbelanjaan seharian mahupun semasa melancong ke luar negara.
Contoh :- Cenderamata untuk keluarga : 29 helai baju T, 2 helai untuk keluarga
Anim, masing-masing sehelai untuk Tahrir, Nadia dan Salleh.
2. Kita hendaklah bersikap ikhlas dalam
melakukan sesuatu perkara tanpa mengira taraf kehidupan seseorang. Contoh :-
Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima Lira kepada
wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu Lira
serta ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang,
kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat
anggotanya.
3. Kita wajar mempunyai sikap gigih dalam
melakukan pekerjaan supaya hasil yang diinginkan tercapai. Contoh :- Pekedai
Turki gigih memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan
layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya dengan
harapan pelanggannya itu membeli barangannya.
4. Kita patut bersikap prihatin terhadap
haiwan yang dilindungi agar habitatnya tidak pupus. Contoh : Aku begitu
prihatin terhadap haiwan seperti kijang kerana dia berhasrat untuk memberikan
wang hasil jualan jaket kulit kijang kepada mana-mana zoo yang mempunyai
kandang kijang agar dapat memelihara haiwan tersebut daripada menjadi korban
arus pemodenan.
No comments:
Post a Comment