(Zaniffa Azura Abdullah)
Sinopsis:
Talia
ialah seorang kanak-kanak daripada keturunan orang Asli yang tinggal di hutan
Bukit Ungu. Dia telah bertemu dengan raksasa Qadqad. Raksasa yang rupanya
seakan-akan katak tetapi bertanduk itu sebesar kepala Talia. Raksasa tersebut cedera.
Talia telah membantu merawatnya dengan pucuk daun dalat. Kemudian makhluk itu
melompat lalu hilang di hutan.
Pada mulanya ibu bapa Talia iaitu
Dodo dan Misa tidak mempercayai cerita Talia tentang raksasa tersebut, tetapi
selepas beberapa ahi suku mereka sering terserempak dengan makhluk itu, barulah
ibu bapa Talia mempercayainya. Menurut mereka makhluk itu sebesar dua kali
kepala mereka. Makhluk itu dipanggil Qadqad kerana bunyi istimewa yang
dihasilkan oleh makhluk tersebut.
Tempat tinggal penduduk orang Asli
yang sentiasa berpindah-randah kali ini agak istimewa. Tanahnya berbau warna
ungu amat subur dan menggemukkan padi mereka. Suatu hari adik lelaki Talia
iaitu Jini menghidap demam. Bapanya Dodo membawa mereka sekeluarga ke hospital
kerana demam Jini semakin teruk. Mereka sekeluarga bercadang menumpang kereta
api yang datang dan pergi untuk mengangkut bijih ke bandar. Ketika hampir tiba
di stesen kereta api, mereka telah disergah oleh Tuan Binjah. Tuan Binjah telah
memarahi mereka yang ingin menumpang
kereta api untuk ke bandar. Ketika itu Sidek, pemandu kereta api telah
melaporkan kepada Tuan Binjah bahawa kem-kem balak milik mereka di timur telah
diserang oleh raksasa Qadqad. Mereka diserang kerana sebatang pokok balak yang
ditebang telah menghempap sarang keluarga empat ekor raksasa Qadqad. Bukan itu
sahaja, mandur kem balak juga telah menetak mati kesemua raksasa yang cedera.
Tiba-tiba
mereka telah diserbu oleh raksasa hijau kuning yang melompat tinggi dari hutan.
Mereka dan pekerja lombong yang berada di situ melarikan diri menuju ke sebuah
bangunan yang terletak di tepi lombong. Seekor raksasa Qadqad telah mendarat di
bahu Dodo yang belum sempat masuk ke dalam bangunan. Apabila makhluk itu ternampak
Talia, makhluk Qadqad itu mengeluarkan bunyi dan berbicara dengan makhluk
Qadqad yang lain. Talia mengenali makhluk Qadqad tersebut kerana Talia pernah
membantu makhluk itu. Dengan tidak disangka makhluk Qadqad yang banyak itu
telah beredar meninggalkan mereka. Tuan Binjah berasa pelik dengan keistimewaan
Talia yang menyebabkan makhluk raksasa yang menyerang mereka beredar. Melihat
sahaja benda berwarna ungu di atas kepala Talia, Tuan Binjah terus bertanya hal
tersebut kepada bapanya. Dodo memaklumkan kepada Tuan Binjah bahawa benda itu
merupakan tanah.
Selepas
peristiwa tersebut, Dodo dan keluarganya dibenarkan menaiki kereta api untuk ke
hospital. Tiga hari kemudian, di hospital, Sidek telah memberitahu kepada Dodo
bahawa Tuan Binjah ingin melombong di Bukit Ungu. Sesiapa yang dapat menguasai
tanah di Bukit Ungu pasti akan menjadi kaya-raya. Tuan Binjah mahu mengusir
penduduk Asli dari tempat itu. Mereka telah melaporkan hal tersebut kepada
pihak polis. Mereka cuba menghalang Tuan Binjah. Namun Tuan Binjah telah
mengarahkan samseng-samseng upahannya untuk membakar kediaman-kediaman penduduk
Asli di situ. Talia telah memanggil makhluk Qadqad. Ratusan makhluk Qadqad
muncul dan kesemua penduduk Asli melarikan diri ke Bukit Ungu. Setelah keadaan
reda mereka kembali ke kawasan kediaman mereka dan melihat berpuluh-puluh mayat
manusia dan bangkai raksasa Qadqad bergelimpangan. Dalam pada itu juga beberapa
buah rumah musnah terbakar. Ketibaan pasukan polis agak lewat dan tidak ada
apa-papa yang boleh dilakukan. Sejak peristiwa itu raksasa Qadqad terus hilang
dan tidak muncul-muncul lagi seperti telah pupus.
Tema
Kerakusan
manusia membawa kemusnahan
Contoh:
Kerakusan Tuan Binjah yang tamak dan mahu menguasai Bukit Ungu untuk melombong
bijih telah mengakibatkan berlakunya serangan ganas raksasa Qadqad sehingga
Tuan Binjah dan pengikutnya mati terbunuh.
Persoalan:
1. Kehidupan
orang Asli yang berpindah-randah
Contoh:
Dodo dan penduduk orang Asli sering berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu
tempat yang lain apabila tanah lereng bukit tidak subur.
2. Kepentingan
bantu-membantu kepada golongan yang memerlukan pertolongan
Contoh:
Talia telah membantu seekor makhluk Qadqad yang cedera akibat dilibas gergaji.
Talia merawat makluk tersebut dengan menggunakan pucuk daun dalut.
3. Tanggungjawab
ibu bapa terhadap anak.
Contoh:
Dodo membawa anaknya Jini ke hospital untuk memdapatkan rawatan setelah
mengalami demam yang teruk.
4. Budi
yang baik mendapat balasan.
Contoh:
Kebaikan Talia merawat raksasa yang cedera telah menyelamatkan diri, serta keluarganya
daripada diserang oleh mahkluk tersebut.
good i like it (Thanks)
ReplyDelete