Bar Bergerak

NILAM KE ARAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Friday, 29 April 2016

Sejarah Sekolah



Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Simpang Bekoh telah dibuka pada 5hb Januari 1976. Sekolah ini terletak di sebuah kawasan seluas 4.613 hektar atau 11.4 ekar. Pelajar-pelajar perintisnya ialah seramai 316 orang ditempat dalam 3 kelas peralihan dan 5 kelas tingkatan 1. Bilangan tenaga pengajarnya 11 orang sahaja. Apabila jumlah pelajar semakin bertambah pada tahun 1978, mereka telah dibahagikan kepada dua sesi, pagi dan petang. Pada masa itu terdapat hanya sebuah bangunan iaitu bangunan Blok A sekarang. Pada tahun 1979, sebuah bangunan baru telah siap dibina bagi mengisi pertambahan bilangan pelajar-pelajar dari tahun ke setahun. Pelajar-pelajar belajar di sekolah ini datang dari 7 buah sekolah kebangsaan yang berhampiran dan 11 buah sekolah rendah jenis kebangsaan. Pada 19hb hb Julai 1986, bangunan baru sekolah ini yang berharga $350 000 telah dirasmikan oleh YAB En Abdul Ghaffar Baba. Berikutnya 6 buah kelas telah juga dibina.
Kumpulan pertama pelajar-pelajar peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran ialah pada tahun 1978. Seramai 227 orang calon yang berdaftar dan pencapaian kelulusan hanya 57.02 peratus sahaja. Pada tahun 1981, sekolah ini memulakan kelas Tingkatan 4 Aliran Sastera. Kumpulan pertama mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ialah pada tahun 1982. Seramai 132 orang calon yang berdaftar dan pencapaian kelulusan cuma 32.85 peratus.
Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh telah mempunyai tenaga pengajar siswazah dan bukan siswazah seramai 48 orang dan kakitangan lain seramai 16 orang. Pelajar-pelajar sekolah ini berjumlah 883 iaitu pelajar lelaki seramai 377 manakala pelajar perempuan seramai 515 orang. Pelajar sekolah ini terdiri dari pelajar Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Alamat surat menyurat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh
77100 Asahan , Melaka .

No. telefon / faksimili[sunting | sunting sumber]

  • No. telefon: (+6)06-5236043
  • No. faksimili: (+6)06-5235893

Informasi ICT[sunting | sunting sumber]

Alamat e-mel: mea1076@pd.jaring.my

No comments:

Post a Comment