
HIPERTENSI
Illias
Zaidi
Sinopsis
Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi)
memaparkan watak utama, Aiman Aqil yang sering berhalusinasi. Aiman sering
menimbulkan kemarahan gurunya kerana tidak menumpukan perhatian terhadap
pembelajaran di dalam kelas. Dia sering berangan-angan menjadi tokoh-tokoh
hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil mudah bosan dengan cara pembelajaran di
sekolah menyebabkan dia sering ponteng sekolah. Hal ini menimbulkan kemarahan
ayahnya sehingga dia kerap dirotan. Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk
mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia pernah membayangkan dirinya
telah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil
sering berhalusinasi, namun dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak
mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan Si Luncai. Angan-angan Aiman terus
mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah
program aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak
memantapkan diri sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman
tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak
menyaksikan siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman
akhirnya berjaya mendarat di bulan dalam halusinasinya itu.
Setelah
asyik melayan halusinasinya, akhirnya Aiman teringat akan bisikan halus yang
didengarinya ketika di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib
itu mengajaknya lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Akhirnya, Aiman sedar
daripada khayalannya bahawa dia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu bukan
sekadar berangan-angan. Jauh di sudut hati Aiman, dia memanjatkan doa dan
harapan ke hadrat Ilahi.
Tema
Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) bertemakan halusinasi futuristik yang
penuh cabaran. Mindanya sering dipenuhi dengan halusinasi tentang tokoh-tokoh
hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil yang merupakan watak utama sering
berhalusinasi sebagai seorang angkasawan. Aiman Aqil sentiasa berangan-angan
tidak kira tempat sama ada ketika di rumah ataupun ketika sedang mengikuti
pembelajaran di dalam kelas. Dia pernah membayangkan bahawa dirinya sudah lulus
pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun dia sering berhalusinasi,
namun dia sekali-kali tidak akan membiarkan angan-angannya menjadi seperti
angan-angan Mat Jenin dan Si Luncai yang tidak sampai ke mana-mana. Angan-angan
tentang kehebatannya dalam bidang aeroangkasa semakin mekar sehinggakan dia
bukan sahaja membayangkan bahawa dia
pernah mengikuti latihan intensif di bawah program aeroangkasa bersama dengan
Rusia, malahan dia pernah mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Persoalan
1. Persoalan
adab menuntut ilmu
Contoh:
Sikap Aiman yang tidak fokus terhadap pengajaran Cikgu Faridah di dalam kelas
telah menyebabkan Cikgu Faridah hilang sabar. (m/s: 43)
2. Persoalan
kebanggaan terhadap identiti diri
Contoh:
Aiman Aqil bengga akan nama yang diberikan kerana nama tersebut mempunyai makna
yang baik. (m/s:44)
3. Persoalan
kepekaan akan situasi sekeliling
Contoh:
Aiman cepat-cepat membetulkan jawapannya apabila dia menyedari wajah Cikgu
Faridah berubah dengan jawapan awal yang diberikannya. (m/s: 45)
4. Persoalan
sikap memandang rendah terhadap keupayaan orang lain
Contoh:
Aiman menyindir adik-adiknya dan rakannya Chee Keong kerana lambat
menyelesaikan tugasan Matematik. (m/s : 45 & 46)
5. Persoalan
peranan ibu bapa dalam keluarga
Contoh:
Ayah dan ibu Aiman ingin mengetahui punca Aiman ponteng sekolah. (m/s: 46)
6. Persoalan
ketagasan guru dalam mendidik pelajar
Contoh:
Guru kelas Aiman memberi amaran keras kepadanya kerana mengganggu rakan-rakan.
(m/s: 46)
7. Persoalan
kepentingan prinsip hidup
Contoh:
Aiman bertekad tidak akan menjadi seperti Si Luncai dan Mat Jenin yang hanya
memasang angan-angan tanpa merealisasikan angan-angan tersebut. (m/s: 48)
8. Persoalan
kasih sayang seorang ibu
Contoh:Ibu
Aiman begitu tersentuh hati apabila melihat Aiman dirotan oleh ayahnya. (m/s:
48)
No comments:
Post a Comment