
Cerpen: Alif Sesat di Makkah
(Hamdan
Kamaruddin)
Sinopsis
Alif seorang remaja berusia 14 tahun berada di Mekah
kerana dibawa oleh ibu dan ayahnya untuk menunaikan fardhu haji. Alif enggan
mengikuti mereka tetapi setelah dipujuk akhirnya Alif bersetuju. Ibu bapa Alif
berharap agar Alif menjadi anak yang soleh, rajin belajar dan tidak nakal lagi.
Ketika
diajak oleh ibu dan ayahnya ke Masjidil Haram untuk solat, Alif sering memberi
alasan dan menyuruh ayahnya pergi dahulu. Pada ketika itu, dia akan
memerhatikan gelagat penjaja yang berniaga pelbagai barangan. Dia sendiri
pernah membantu penjaja Turki dan penjaja Indonesia. Dia juga mendapat wang
saku daripada kerjanya itu.
Tertarik
akan Farhan iaitu seorang remaja Arab yang berniaga tasbih, dia pun memulakan
tugasnya menjual tasbih. Kisah bermula ketika Alif, dan kenalannya itu,
berniaga menjual tasbih di perkarangan Masjidil Haram. Suasana di situ agak
sesak kerana jemaah baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu Asar. Ketika
leka menjual tasbih kepada beberapa orang jemaah, dia telah ditangkap oleh
seorang anggota polis Arab Saudi. Usaha untuk melarikan diri pada awalnya tidak
berhasil tetapi setelah semakin ramai jemaah bertolak-tolak untuk keluar dari
Masjidil Haram, suasana menjadi tidak terkawal. Alif berhasil melepaskan diri.
Dia menyusup di celah-celah ribuan manusia,menyeberang jalan raya dan merentas jambatan. Dia sempat
berehat seketika.
Tiba-tiba
Alif ternampak polis yang menangkapnya
tadi. Dia terus melarikan diri sekali lagi. Peristiwa terlihat dan terserempak
dengan polis tersebut berlaku berkali-kali sehingga Alif kehabisan tenaga dan
tersesat jalan pulang. Masjidil Haram juga langsung tidak kelihatan. Alif semakin
takut dan teringat akan ibu bapanya. Akhirnya Alif teringat pesan penceramah
ketika kursus haji supaya segera bertaubat jika ditimpa musibah. Alif segera
berdoa dan bertaubat atas dosanya dan berazam menunaikan ibadah haji dengan
penuh keikhlasan.
Setelah
itu Alif ternampak sebuah van. Tanpa diduga, rupa-rupanya van tersebut ialah
van kepunyaan Tabung Haji. Alif bersyukur kerana terselamat. Esok merupakan
hari wukuf.
Tema:
Keinsafan
manusia setelah ditimpa musibah.
Contoh:
Alif yang ingkar akan pesanan ayahnya supaya solat di masjid, telah berniaga
tanpa pengetahuan mereka. Dia telah ditangkap oleh polis Arab dan berjaya
melarikan diri. Kejadian Alif tersesat dan cedera telah menginsafkan dirinya.
Persoalan:
1. Tanggungjawab
ibu bapa mendidik anak-anaknya.
Contoh:
Ibu bapa Alif berharap agar Alif menjadi anak yang soleh telah mendorong mereka
membawa Alif menunaikan haji.
2. Kepentingan
nilai keikhlasan ketika menunaikan sesuatu ibadah.
Contoh:
Alif yang tidak ikhlas ketika menunaikan haji telah mendapat pengajaran apabila
ditimpa musibah ditangkap oleh polis dan tersesat ketika melarikan diri.
3. Kasih
sayang ibu bapa terhadap anaknya.
Contoh:
Ibu bapa Alif tidak mahu meninggalkan anaknya ketika pergi menunaikan haji
kerana bimbang keadaan dan sikap negatif anaknya Alif.
4. Kepentingan
doa ketika ditimpa musibah
No comments:
Post a Comment