
CERPEN KASUT KELOPAK JANTUNG

SINOPSIS
Cerpen ini
mengisahkan Cikgu Harun yang menerima bungkusan hadiah setiap tahun,
terutamanya pada Hari Guru teringat semula peristiwa yang berlaku tiga puluh
tahun dahulu sewakta beliau bertugas sebagai guru di kawasan pedalaman. Cikgu
Harun sememangnya seorang guru yang tegas dalam soal keceriaan pelajar dan
kelas. Beliau memarahi Ahmad yang tidak memakai kasut sekolah walaupun sudah
tiga minggu sesi pesekolahan bermula. Di padang sekolah, Ahmad sekali lagi
dimarahi Cikgu Harun kerana tidak membawa pakaian sukan. Oleh sebab itu, Cikgu
Harun mendenda Ahmad dengan menyuruhnya mancari tali rafia untuk mengikat
kelopak jantung pisang pada bahagian kakinya untuk dijadikan “kasut”. Ahmad
merupakan murid yang patuh akan arahan gurunya terus mengikat kelopak jantung
pisang. Dia berasa malu atas denda yang dikenakan oleh Cikgu Harun yang
sebenarnya mahu Ahmad membeli kasut sekolah demi keselamatan kakinya.
Selepas hari persekolahan tamat, Ahmad berlari ke rumah
supaya kasut kelopak jantungnya tidak dikesan oleh kawan-kawan. Sejak hari itu,
Ahmad tidak hadir ke sekolah. Cikgu Harun hairan akan perkara tersebut dan
mengetahui bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah. Cikgu Harun yang berasa kesal
atas dendanya terhadap Ahmad pula mengambil keputusan untuk pergi ke rumah
Ahmad untuk mengetahui perkara yang sebenar. Akhirnya, dia mengetahui bahawa
Ahmad tinggal bersama-sama ibunya yang uzur dan tua tidak mampu membeli kasut
sekolah dan terpaksa mengambil upah memetik cili di kebun orang lain. Cikgu
Harun yang tersentuh akan kedaifan Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan
sepasang uniform sekolah. Ahmad yang berterima kasih atas pemberian Cikgu Harun
telah belajar dengan gigih dan menjadi seorang pengurus besar di sebuah
syarikat pengeluar kasut terkemuka. Sejak itu, Ahmad menghadiahkan kasut kepada
Cikgu Harun sebagai membalas jasa gurunya, Cikgu Harun.
No comments:
Post a Comment