
Cerpen: Kasih Semanis Jala Mas
(Natasya
Puteri)
Sinopsis
Mariani
baru berpindah dari Kelantan ke Kuala Lumpur bersama ibu bapanya. Walaupun
sudah lapan bulan tinggal bersama ibu bapanya di Kuala Lumpur Mariani masih
berasa bosan dengan kehidupannya. Setiap hari Mariani merindui suasana tinggal
bersama Tok Mek dan Tok Wannya di Kota Baharu, Kelantan.
Suatu
hari Mariani menyuarakan keinginannya untuk makan kuih kesukaannya iaitu kuih jala mas. Namun Bibi Tugini iaitu orang gaji
di rumah Mariani memberitahu bahawa dia tidak tahu membuat kuih tersebut. Bibi
Tugini membawa Mariani pergi ke pasar malam kerana di sana terdapat pelbagai
jenis kuih tradisional Kelantan. Mariani berasa gembira namun kuih jala mas
yang dibelinya tidak sesedap kuih yang dibuat oleh Tok Meknya di Kelantan. Papa
Mariani mencadangkan mereka sekeluarga pulang ke kampung pada cuti sekolah
nanti. Namun setelah dua kali cuti sekolah berlalu papa Mariani masih tidak
menunaikan janjinya untuk membawa mereka sekeluarga pulang ke kampung.
Kesibukan papa bekerja menjadi alasan mereka tidak dapat pulang ke kampong.
Mariani terus dibelit perasaan rindu yang teramat sangat terhadap Tok Mek,Tok
Wan, Mak Ngah, Pak Su dan Normi. Papa memohon maaf kepada Mariani kerana mungkir
janji. Papa mencadangkan Mariani memujuk Tok Mek dan Tok Wan untuk datang ke
Kuala Lumpur. Mariani juga memohon untuk pulang sendiri ke kampung tetapi tidak
dibenarkan mama dan papanya.
Mariani
teringat sewaktu ibu bapanya ingin membawa Mariani pulang ke Kuala Lumpur, Tok
Mek dan Tok Wan sangat sedih. Papa Mariani tidak mahu Mariani mengikut jejak
langkah Tok Mek, Tok Wan, Mak Ngah, Pak Su dan Normi yang menjadi pemain
makyung dan bermain wayang kulit. Papa Mariani tidak mahu anaknya mengabaikan
pelajaran. Cuti sekolah berikutnya Papa Mariani mengajaknya untuk bertemu dengan
Tok Mek dan Tok Wan. Mariani berasa gembira sangat kerana impiannya untuk
bertemu dengan Tok Mek dan Tok Wan tercapai. Sewaktu pulang dari sekolah
Mariani terkejut kerana orang yang dirinduinya selama ini sudah menunggunya di
ruang tamu. Ibu Mariani memaklumkan bahawa kumpulan wayang kulit Tok Wan dan kumpulan
makyung Mak Ngah dijemput untuk mengadakan persembahan di Istana Budaya
sepanjang cuti persekolahan nanti. Papa Mariani yang mengaturkan persembahan itu
agar Mariani dapat melepaskan rindunya terhadap Tok Mek dan Tok Wannnya.
Tema:
Kerinduan
seorang gadis kepada ahli keluarga serta warisan bangsanya.
Contoh:
Mariani yang berpindah ke Kuala Lumur dari Kota Bharu amat merindui Tok Mek dan
Tok Wannya kerana mereka amat rapat. Selain itu Mariani juga terkenang masakan
Tok Mek dan sering rindu melihat Tok Wan bermain wayang kulit. Mariani juga
rindu mendengar suara Mak Ngah mengalunkan irama makyung.
Persoalan:
1. Kesibukan
ibu bapa atau masyarakat kota sehingga mengabaikan tanggungjawab.
Contoh
: Papa Mariani telah berkali-kali mungkiri janji untuk membawa Mariani pulang
ke kampung pada cuti sekolah untuk bertemu Tok Mek dan Tok Wan kerana kesibukan
kerja.
2. Seni
budaya warisan tradisional nenek moyang yang semakin dipinggirkan.
Contoh:
Papa Mariani tidak mahu Mariani mengikut jejak langkah Tok Wan sebagai tukang
wayang dan Tok Mek sebagai penari Makyung. Papa Mariani mahu anaknya menceburi
bidang lain yang lebih menjamin masa depan.
3. Perbezaan
cara hidup anak-anak kota dan bandar.
Contoh:
Mariani tidak dapat menyesuaikan diri dengan cara hidup di kota yang sibuk dan
aktiviti sosial pada hujung minggu. Mariani lebih suka membantu dan
menghabiskan masa bersama-sama Tok Mek dan Tok Wan dalam aktiviti seni budaya.
4. Tanggungjawab
ibu bapa dalam memastikan kejayaan anak-anak.
Contoh: Papa Mariani
mahukan Mariani berjaya dalam kehidupan dan pelajarannya sehingga
mendapat ijazah.
No comments:
Post a Comment