
Cerpen: Oren
Karya: Saifullizan Yahaya
SINOPSISCerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren. Ayah yang pada mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah membawa Oren pulang dan dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Pertanyaan ibu mengenai Oren terjawab juga apabila ayah memberitahu bahawa dia telah melanggar ibu Oren. Tidak beberapa lama kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang akhirnya telah menimbulkan konflik kepada Oren. Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah dan seisi keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren yang berasa iri hati dengan Kelabu yang berjaya menawan hati mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren, ayah amat berasa kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi realitinya Oren telah ditemui mati oleh Anis di celah pokok tua yang tumbang.
TEMA
Kasih sayang kepada binatang.
Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren dan Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk memelihara binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih sayang yang sepenuhnya.
PERSOALAN
i. Hubungan baik antara manusia dan haiwan
Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat menyayangi kedua-dua kucing tersebut
ii. Konflik antara Oren dan Kelabu
Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren akan membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia mengahabiskan sisa-sisa makanan Kelabu.
iii. Berkongsi minat yang sama
Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.
PENGAJARAN
i. Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada makhluk selain manusia.
ii. Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tidak menganiayai orang
lain,
iii. Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk menjamin
kesejahteraan dalam hidup.
No comments:
Post a Comment